Thursday 20 March 2014

Merawat Batuk dan Selsema dengan Vitamin C

Khasiat Buah Oren


Makan sebanyak  2 hingga 4 biji oren setiap hari dapat mencegah daripada selsema dan juga batuk.Malah ia juga dapat menurunkan kolestrol,menjaga dan menghancurkan batu karang.

Rasa2 mampu tak kita istiqamah makan buah ni setiap hari kan..tambah2 lg sekarang susah nk pilih buah yang ditanam secara semulajadi tanpa baja kimia dan juga proses nak cepatkan pertumbuhan serta buah cepat masak yang bebas bahan kimia..

Kelebihan Vitamin C shaklee

Sustained Release Vitamin C
1 botol
=180 tablets

Vitamin C shaklee merupakan Vitamin C yg dibebaskan ke dalam badan secara berterusan dikenali sebagai Sustained Release Vitamin C.
Setiap 1 Tablet vitamin C = 7 1/2 biji buah oren.

Jadi jika kita mengambil satu tablet vitamin C..badan kita akan mendapat  vitamin C dari 1.5 buah oren untuk setiap jam sehingga lah 5 jam badan kita mendapat bekalan vitamin C..best tak..dah la kita tak perlu susah2 nak cari buah oren..pastu nk pilih yang bebas kimia pulak..

Tahukah kita ??

setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin c..malah buah-buahan menghasilkan vitamin c yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Buah yang tidak ranum memgandungi vitamin c yang sedikit..bayangkan buah yang kita beli dari pasar..adakah buah yang dipetik segar dan masak ranum??..melainkan kita tanam sendiri kan..Kandungan vitamin akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Jadi perlu tak Sustained Release Vitamin C?? 

Kalau anda seorang yang mementingkan kesihatan dengan pengambilan bahan secara semula jadi dan bebas bahan kimia, Vitamin C ini adalah pilihan terbaik..cukup 1 tablet setiap hari sudah memadai..hanya 1 botol vitamin C boleh tahan sehingga 6 bulan..sgt Jimat!! tak percaya meh cuba..Nak tau apa lagi kelebihan vitamin C ni jom baca lagi :)

membentuk colagen
Colagen adalah asas sebatian otot,tisu,rangka dan tulang rawan. Oleh itu ia mampu menganjal kulit dan kuatkan otot.

Memperbaiki simpton Pendarahan
kekurangan vitamin c menyebabkan gusi berdarah,lebam dikulit,kulit kering dan kasar.

Meningkatkan sistem Imun
Membina sel darah merah utk penyerapan zat besi yg baik,membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.Meningkatkan sistem imun terhadap selsema 

Melawan kanser
sebagai anti-oksidan yg kuat utk melawan kanser dan juga membuang kimia berbahaya dari tubuh.

Mencantikkan Kulit
ni yg paling wanita suka..terbukti ramai yg feedback kulit cantik lepas amalkan vitamin c.Kulit jadi cerah dan jeragat hilang. ini kerana vitamin c berperanan menyekat pembentukkan pigmen. kerana pigmen penyebab utama kejadian jeragat..


aihh byk lg nk cerita pasal vitamin c ni dan kesan yg diperolehi daripada pengambilan setiap hari..sape yg dh amalkn tu mmg dah dpt kesannya..saya suka vitamin c ni sebab bila badan rasa seram sejuk nk demam je,tekak rasa perit cam nk batuk n hidung dh start nk selsema..saya amik 2 tablet dan patahkan 2..telan..alhamdulillah ia berkesan..Jommm cuba...


BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT 
SHAKLEE  INDEPENDANT DISTRIBUTOR
ID NO: 886679
UMMU KHADEEJA
CALL/SMS/WASSAP: 013-7781088

COD : SEKITAR PULAI, SKUDAI

Tuesday 22 October 2013

Pengalaman Merawat Keputihan

Assalamualaikum..
Ramai yang masih mengalami keputihan dan masih mencari alternatif rawatan terbaik..Secara apa yang saya faham  melalui pengalaman sendiri keputihan disebabkan pemakanan kita sendiri..semakin berusia badan kekurangan antibodi untuk melawan peyakit..Tambahan pula bagi wanita yang pernah mengandung dan melahirkan serta menyusu akan mengalami kekurangan segala nutrisi yang diperlukan tubuh..Jika tidak dijaga apa yang kita makan seharian pasti seluruh badan akan mengalami kesannya..

Pengalaman Sendiri...
Saya pernah mengalami keputihan yang teruk semasa mengandung anak kedua..selepas bersalin keputihan tersebut hilang..tetapi bila mengandung anak ketiga keputihan datang semula..malah makin teruk..sehingga menyebabkan kegatalan yang serius dan diberi ubat pessari .Doktor nasihatkan untuk jaga pemakanan terutama makanan yang manis dan berkarbohidrat tinggi..ingatkan masalah ini selesai lepas bersalin..tetapi keputihan datang lagi dan memang saya tak sanggup nak amik ubat pessari lagi..saya cuba ALFALFA Shaklee..Alhamdulillah lepas telan je 3 biji terus hilang rasa gatal..dan setiap hari saya amik ..memang rasa banyak sangat perubahan pada badan juga...Rasa hilang bebanan yang ditanggung setiap hari..sudah banyak cara dibuat basuh guna air garam dan sebagainya..hilang rasa gatal tu sekejap then datang lagi..tapi lepas consume alfalfa dh takde agi..syukur sangat...

Kepada wanita di luar sana yang masih lagi mengalami masalah seperti saya..boleh usahakan dengan pengambilan Alfalfa ini..saya percaya ramai yang belum tahu apa dia alfalfa ni..meh saya ceritakan serba sedikit perkongsian tentang alfalfa ..

ALFALFA SHAKLEE..
-diperbuat daripada tanaman Alfalfa secara organik di California yang bebas dari pestisid,herbasid dan baja bebas kima
-Tumbuhan ini mengambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi dan dikenali sebagai 'raja segala tumbuhan'
-Daun Alfalfa dari shaklee hanya dituai setelah matang dimana megandungi klorofil yang tinggi.
-Keseluruhan proses dipantau dengan teliti untuk menghasilkan tablet seberat 300mg dimana 10 bj alfalfa = nutrisi segelas susu

Nak tau banyak lagi tentang keputihan dan kelebihan AlFALFA ni boleh KLIK SINI ye..

Jangan Berlengah lagi rawati masalah anda sekarang dengan Alfalfa..boleh hubungi saya untuk Harga Istimewa..sangat berbaloi... Sharing is caring:)

BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT 
SHAKLEE  INDEPENDANT DISTRIBUTOR
ID NO: 886679
UMMU KHADEEJA
CALL/SMS/WASSAP: 013-7781088

COD : SEKITAR PULAI, SKUDAI

Thursday 22 August 2013

Bersenam untuk membantu menghapuskan selulit

Bagi kebanyakan wanita, bila dengar saja perkataan selulit, mereka dah tertekan kerana dibelenggu dengan masalah ini. Hampir 80% wanita di dunia mempunyai selulit di bahagian badan mereka seperti bahagian perut, belakang, dan peha. Selulit ini bukan sahaja ‘menyerang’ kaum wanita, malah ia boleh ada pada sesiapa sahaja samada orang itu kurus atau gemuk, lelaki atau wanita.
Selulit adalah gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan teskstur kulit anda menjadi seperti menggerutu. Selulit biasanya berlaku pada usia antara 25 hingga 35 tahun dan ia akan menjadi lebih banyak apabila umur semakin meningkat.
Selulit boleh dikurangkan dengan pemakanan yang sihat dan aktiviti bersenam.  Namun harus diingat, selulit ini bukanlah terlalu mudah untuk dihilangkan, oleh itu anda perlu melakukan aktiviti sihat dan makan makanan yang berkhasiat secara berterusan. Pendek kata, amalkan kehidupan yang sihat , itu lebih penting. Di sini, saya ingin kongsikan 5 jenis latihan yang dapat membantu memerangi selulit.
  1. Berjalan: Berjalan merupakan salah satu jenis latihan kardiovaskular. Ia bukan sahaja membantu membakar kalori, malah membantu membina otot-otot di kaki dan bahagian belakang. Seseorang yang berjalan dengan laju dapat membakar kalori lebih dari 360 kalori dalam masa satu jam. Jika anda cuba untuk jogging dan berjalan secara berselang-seli, ini dapat menambahkan lagi pembakaran kalori.
  2. Membengkokkan lutut: Latihan ini akan melibatkan otot di belakang, peha depan, dan peha belakang. Pastikan otot perut anda terlibat untuk menjaga bahagian belakang anda supaya dalam keadaan lurus. Ini akan membantu menambah kesan dalam memerangi selulit. Sambil anda berdiri, buat satu langkah yang besar ke hadapan dengan kaki kiri anda. Rendahkan badan dan turun sambil membengkokkan lutut anda. Kemudian bawa kaki kiri anda ke tempat permulaan. Ulang langkah ini dengan kaki anda pula dan kembali ke tempat permulaan semula seperti tadi. Untuk meningkatkan daya tahan, anda boleh menggunakan bola dengan menahan di dada sambil memegang dumbbell di kedua-dua belah tangan. Anda perlu ingat, ketika membengkokkan lutut, lutut anda tidak boleh melebihi jari kaki anda. Selain itu anda juga boleh membuat variasi dalam latihan ini. Letakkan kaki anda seperti anda membengkokkan lutut tadi, turunkan badan, dan cuba lompat. Ulang langkah ini, dan tukar ke kaki kanan pula, dan ulang untuk beberapa kali.
  3. Mengangkat kaki semasa meniarap: Semasa anda meniarap, cuba angkat kaki kiri anda setinggi yang boleh. Pada masa ini, lutut dan otot di belakang peha anda anda berkerja keras. Turunkan kaki kiri perlahan-lahan, dan ulangi langkah tersebut menggunakan kaki kanan pula. Ulang untuk beberapa set latihan. Jangan sehingga memaksa diri, buat dengan rileks saja.
  4. Rendahkan badan dan twist! Latihan ini melibatkan otot-otot bahagian belakang, peha, dan perut dalam masa yang sama. Berdiri dan buka kaki anda sejajar dengan lebar bahu anda. Genggam kedua belah tangan dan angkat selari dengan dada anda. Kemudian, rendahkan badan sehingga peha anda selari dengan lantai. Twist atau pusingkan badan anda ke kanan. Kemudian, berbalik ke langkah yang pertama sehingga anda rendahkan badan, pusingkan badan anda ke kiri pula. Buat berulang-ulang kali.
  5. ‘Squat thrusts’: Latihan ini akan meilbatkan otot perut, belakang, peha depan, dan peha belakang anda. Tiga langkah yang terlibat iaitu pertama, berdiri seperti biasa. Kedua, turunkan badan anda seperti keadaan mencangkung dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di atas lantai di hadapan kedua belah kaki anda. Dan ketiga, luruskan kaki anda ke belakang seperti posisi untuk push ups. Ulang 3 langkah ini berkali-kali.
Nota tambahan dari Kevin Zahri: teknik-teknik di atas tidaklah akan menghapuskan selulit anda. Objective senaman kardiovaskular dan pemakanan yang baik adalah untuk mengurangkan 1) berat badan dan jumlah lemak badan. Gabungan kedua-dua itu akan membantu reduce appearance dan flatten selulit anda. Jadi ia masih ada tetapi kurang atau tidak kelihatan.

Tuesday 20 August 2013

9 cara rawat selulit

Selain tubuh yang berisi atau gemuk, selulit adalah antara satu lagi situasi yang paling tidak digemari oleh wanita.Sebenarnya hampir kesemua wanita tidak kira gemuk atau kurus memiliki selulit.Lebih mengejutkan  90% wanita dewasa mempunyai selulit.

Selulit, tidak sesekali berkaitan dengan obesiti. Walaupun sukar untuk menghindarinya tetapi masih terdapat cara untuk merawat supaya dapat menguranginya.

Ikuti Tip-Tip di bawah:

1) Banyak Minum Air
 Minumlah air pituh antara 6-8 gelas sehari bagi menyingkirkan setiap lebihan natirum yang menyebabkan kehilangan cecair dalam tubuh. Jika bosan dengan air putih, cuba teh herba atau jus buah. Kadar cairan yang tinggi menjadikan kulit lebih lembut.

2) Berhenti merokok
 Mahu hilangkan selulit ?Cuba hentikan merokok.Tabiat merokok sebenarnya memburukkan selulit yang terdapat pada kulit kerana ia menghalang perjalanan zat ke kulit sehingga menjejaskan keadaan kulit.

3) Olahraga
 Berat badan berlebihan akan lebih meburukkan selulit anda. jika anda menggabungkan program latihan kardiovaskular bersama latihan untuk otot kaki, ia dapat membantu mengurangi selulit.

4) Gosok tubuh
 Menggosok kulit membantu membuang sel-sel kulit mati, merangsang perjalanan darah dan meningkatkan aliran limfatik anda. hal ini dapat membantu mengurangkan selulit. Untuk hasil terbaik, gosok tubuh 2 kali sehari setiap kali mandi.

5) Lembabkan Kulit
 Gunakan pelembab kulit 2 kali sehari dapat membantu kulit menjadi lebih mulus dan elastik.

6) Perbanyakkan asid lemak perlu
   Asid lemak perlu dapat membantu memperkuat jaringan di sekitar lemak hingga membantu mengurangi selulit. Makanan yang kaya dengan asid lemak ini dapat membntu mengurangkan sel-sel lemak. Antara makanan yang mengandungi asid lemak esensial adalah minyak zaitun, minyak ikan,minyak biji beri hitam dan sebagainya.

7) Banyakkan makanan berprotein
 Protein dapat membantu kerana ia mengandungi albumin yang membantu menyerap lebihan cairan. Cuba makan tiga hidangan ikan, kacang-kacangan dan biji- bijian setiap hari bagi mendapatkan hasil terbaik dalam mengurangi selulit

8) Urutan
 Menjalani rawatan urutan memberi pelbagai manfaat kepada anda. Dapat membantu mengurangi stress, meningkatkan pelancaran darah dan tak kurang juga dapat membantu mengurangkan selulit.

9) Kurangi Stess
 Stress menyebabkan perubahan hormon yang dapat mempengaruhi kulit. Kortisol merupakan hormon stress yang boleh menyebabkan kulit semakin nipis  dan meningkatkan penyimpanan lemak. Malah , ia juga melambatkan pengeluaran hormon untuk pertumbuhan kulit sihat.
 
sumber:majalah wanita

Friday 16 August 2013

Kekal Langsing Selepas Raya

RAYA OH RAYA...selepas raya ramai yang susah hati badan yang dah slim..tiba-tiba kembang semula..makin teruk lg kembang dari sebelum puasa..haa cemana tuu..memang kann bila dah lama bercuti..berjumpa sanak saudara  makin berselera makan bersama-sama..satu pinggan dah jadi 2 pinggan..tak sedar dah makan banyak..habiss lariii diet i..

Lemang,ketupat,rendang,sate,kuah kacang ,lodeh..haa macam2 lagi laaa semuanya mengandungi lemak yg tinggi..memang kalau tak kontrol tak sedar badan kita cepat je naik..kenapa berat badan bertambah selepas raya?..
haa ni sedikit info ye sebab-sebab yang menyebabkan berat badan naik mendadak selepas raya:

1)Makan secara berlebihan-sebab jumpa makanan kegemaran seperti lemang,ketupat,lodeh setahun sekali je..lebih2 lagi yang memasak tu ibu kita..hurmm memang syok sangat

2)Kurang makan makanan fiber dan kurang air kosong-bila berkunjung ke rumah orang memang disediakan air yg sedap2 je kan..lupa sekejap air kosong..buah-buahan memang susah laa nk jumpa..

3)Banyak makan makanan bergula-tidak dinafikan hampir semua kuih muih raya memang banyak mengandungi gula..masa makan memang sedap..tapi kesannya kita boleh rasa kan..

So apa solution kita nk dapatkan semula berat badan yg diimpikan??...jom berubah ke arah cara pemakanan yang sihat..siapa yang berminat boleh cuba set slimming shaklee..yang dah cuba memamng berpuas hati..


BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT 
SHAKLEE  INDEPENDANT DISTRIBUTOR
ID NO: 886679
UMMU KHADEEJA
CALL/SMS/WASSAP: 013-7781088

COD : SEKITAR PULAI, SKUDAI

Wednesday 10 July 2013

Jerawat cacatkan penampilan wanita

Ramai mengakui jerawat punca menyebabkan kecacatan penampilan sekaligus membuatkan mereka kurang keyakinan diri.Lantaran tidak hairanlah wanita sanggup berhabis duit untuk membeli produk penjagaan muka dan melakukan rawatan di spa bagi memulihkan wajah seperti yang diidamkan.sapa tak nak kulit muka halus,bersih daripada jerawat kan?
Tapi bagaimana mereka yang tidak mempunyai budget yang mencukupi untuk melakukan rawatan wajah??..sebenarnya jika bijak menjaga dan merawat kulit, kita tidak perlukan belanja yang besar dan membazir wang. Kenali punca jerawat dan ikuti tips penjagaan wajah agar anda dapat mengatasi masalah kulit ini.

Definisi Jerawat

Jerawat secara amnya  merupakan fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia.Ia sering muncul di bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh dermatologi  menemukan 50 jenis jerawat yang telah menjadi masalah kepada wanita dan lelaki.

Jenis/Kategori

Jerawat ringan
 Biasanya mempunyai sedikit bintik dan jerawat.Masalah jerawat ini hanya dikategorikan sebagai 'ringan' sekiranya jumlah lesi(jumlah  bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30.

Jerawat Sederhana
Dalam kategori ini,anda akan mengalami banyak bintik jeragat dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah,dada dan belakang badan.

Jerawat kronik
Anda akan mengalami banyak nodul besar yang berwarna merah dan terasa berdenyut pada bahagian muka,dada,belakang badan dan anggota tubuh yang lain. keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengeluarkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat.Apabila ini berlaku , maka whiteheads akan muncul menyebabkan semakin rancak jerawat bertumbuh.
Jika berlarutan akan menyebabkan interaksi antara jeragat,jerawat dan minyak yang menyebabkan parut kekal dan kawah kulit yang besar serta luka dan bernanah.Selain itu bintik hitam yang wujud dan berinteraksi dengan bakteria jerawat

PUNCA

  1. pencemaran seperti air dan udara yang kotor
  2. Perubahan Hormon badan turut menyebabkan jerawat tumbuh
  3. Tahap kebersihan yang rendah menyebabkan jerawat mudah membiak contohnya jika anda seorang yang malas membersihkan wajah sebelum tidur
  4. penggunaan produk yang salah 
  5. pemakanan yang tidak sihat-makanan berminyak berlebihan
  6. Jangkitan kuman
CARA ATASI
  1. Cuci muka 2 kali sehari menggunakan pembersih muka yang sesuai.Elakkan membasuh muka ketika wajah berpeluh kerana boleh menyebabkan panau
  2. Disiplin menjaga wajah.Guna penyegar dan pelembab setelah mencuci
  3. Memakai krim pelindung UV jika sering terlibat aktiviti luar
  4. Lakukan rawatan khusus di SPA
  5. Gunakan masker yang sesuai untuk buang lebihan minyak dan mengecilkan pori-pori
  6. Pilih produk/ubat jerawat mengikut saranan doktor
  7. Jangan memicit atau menggaru jerawat yang tumbuh supaya elak bakteria merebak dan parut jerawat semakin teruk
  8. Banyak minum air putih supaya tubuh  dan wajah segar
  9. Amalkan pemakanan sihat.Elak makanan berlemak dan berkolestrol tinggi
  10. Jika masalah jerawat serius ,bertemulah pakar kulit untuk kaunseling dan rawatan. 
Jadi kenali jerawat anda dan perlu bertindak segera menanganinya sebelum terlambat dan memakan kos yang lebih tinggi untuk merawat jerawat tersebut. 


Wednesday 3 July 2013

Tidak Hamil,Haid Lambat-kenapa?

Apabila anda sedang mencuba untuk hamil, dan haid anda lambat tetapi ujian kehamilan tidak menunjukkan tanda positif, ini boleh membuatkan anda runsing dan keliru. Jika kitaran haid anda yang biasanya normal dan teratur tiba-tiba menjadi tidak teratur, atau terhenti, fikirkan apakah yang berubah dalam gaya hidup anda.

Contohnya, terlalu banyak tekanan, senaman berlebihan, penurunan berat badan dan penambahan berat boleh menjejaskan tahap hormon anda dan mengganggu aturan haid.

Ovari anda biasanya mengeluarkan sebiji telur setiap hari, kira-kira 12 hingga 14 hari selepas hari pertama haid. Jika telur ini tidak disenyawakan, lapisan dalam uterus akan luruh dan haid anda akan bermula.

Jika ovari anda tidak mengeluarkan telur sebagaimana sepatutnya, maka uterus anda mungkin tidak menerima kesemua isyarat yang diperlukan untuk memulakan kitaran haid. Kadang kala wanita terpaksa mengambil ubat untuk membantu ovari dan uterus mereka berkomunikasi supaya mereka boleh mendapat haid yang teratur.

Jika haid anda tidak datang lebih daripada tiga kali berturut-turut, dan ujian kehamilan menunjukkan negative, doktor anda perlu membuat pemeriksaan untuk mengetahui puncanya. Ada dua kemungkinan di sini:

Anda mungkin mengalami polisistik ovari
Sindrom Policistik Ovari (Polycystic ovary syndrome - PCOS) berlaku apabila sesetengah hormon dalam kadar yang tinggi merangsang ovari anda supaya menghasilkan banyak folikel. Kesemua folikel ini tidak cukup matang untuk mengeluarkan telur. Oleh kerana anda belum berovulasi, anda juga tidak datang haid. Tanda-tanda lain PCOS termasuk pertumbuhan rambut yang berlebihan di bahagian muka, dada dan bawah abdomen, jerawat, dan kecenderungan peningkatan berat di bahagian pinggang.

Anda mungkin menghasilkan terlalu banyak hormon prolaktin
Jika anda menghasilkan prolaktin pada tahap yang tidak normal, anda mungkin tidak datang haid sekali atau dua kali. Seorang wanita biasanya mengeluarkan prolaktin apabila dia sedang menyusukan, maka kerana itulah haidnya terhenti pada waktu ini. Jika anda tidak hamil atau menyusukan, tetapi keluar susu daripada puting, maka prolaktin mungkin adalah penyebabnya.

Ada sebab-sebab lain mengapa haid anda mungkin menjadi tidak teratur atau terhenti. Contohnya, anda mungkin mengalami kesan sampingan daripada ubat yang sedang anda ambil.

Jika haid anda tidak tiba, dan anda masih mendapat keputusan negatif daripada ujian kehamilan, atau kitaran haid anda terus menjadi tidak menentu, jumpalah doktor.

sumber:BabyCenter Malaysia