Sunday 16 June 2013

B-Complex dan Kelebihan

Fungsi  B-Complex untuk badan sihat

Pernah dengar Vitamin B-complex? Ia terdiri daripada gabungan Vitamin B1,B2,B3,B6,B12. Fungsi Vitamin B-complex ialah:

  • Membekalkan tenaga dengan cara mengubah gula yang terkandung di dalam makanan berkarbohidrat
  • Membantu mereka yang mengalami kemurungan dan kerisauan
  • Warna asli di dalam sayuran hijau membantu melindungi mata daripada katarak
  • Melindungi badan daripada pencemaran toksik yang boleh menyebabkan infeksi
  • Makanan yang kaya dengan Vitamin B juga mengandungi anti oksida

Makanan yang kaya Vitamin B- Complex

Vitamin B1

Makanan: Kacang Soya,Roti,Kacang Pis,Ikan dan susu

Fungsi:

  • Mengeluarkan tenaga daripada lemak,protein & karbohidrat
  • Membantu jantung berfungsi dengan baik & menjamin kesihatan sel-sel saraf termasuk sel-sel otak
  • Baik untuk meningkatkan selera makan & penghadaman

Vitamin B2

Makanan: Susu,keju,daging,telur & bijirin sarapan pagi

Fungsi:
  • Penting untuk pertumbuhan dan fungsi-fungsi sel
  • perlu untuk mengeluarkan tenaga daripada lemak dan protein serta memecahkan metabolisme karbohidrat & asid amino
  • memperbaiki fungsi sistem saraf & penghasilan sel-sel darah yang sihat

Vitamin B3  

Makanan: Yis kering, kekacang,daging,ikan & bijirin

Fungsi:
  • Diperlukan untuk metabolisme pelbagai bahan yang ada di dalam badan
  • Membantu melancarkan sistem penghadaman, mengekalkan kesihatan kulit & saraf

Vitamin B6

Makanan: ikan,sayuran hijau,pelbagai produk tenusu & daging

Fungsi:
  • Vitamin ini dikenali sebagai piridoksina
  • Lebih banyak pengambilan protein,maka lebih banyak vitamin B6 diperlukan untuk membantu badan menggunakan protein tersebut.
  • Membantu menggabungkan antibodi dalam sistem pertahanan badan.
  • Membantu pembentukan sel-sel darah merah & menyelenggarakan fungsi-fungsi normal otak.

Vitamin B12

Makanan: Daging lembu,ayam,itik,telur dan produk tenusu

Fungsi:
  • Vitamin B16 dan asid folik saling bergantung sesama sendiri dan penting untuk pertumbuhan dan pembentukan serta pembahagian  antara sel-sel darah merah yang normal.
  • Asid folik amat penting untuk ibu mengandung dan terdapat dalam sayuran hijau ,ubi kentang,roti dan bijirin
  • Diperlukan untuk menghasilkan pembinaan blok sintesis DNA dan fungsi saraf.
  • Menghalang kerosakan tiub saraf neural (apabila pembentukan tulang belakang menjadi tidak normal).

Kelebihan B-complex Shaklee

B complex Shaklee berbeza dengan kebanyakan B-complex yang berada di pasaran. Para saintis telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran adalah bersifat sintetik.

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% Ciotin dan Asid Folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.


Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui system pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.

Vitamin B- Complex Bonus untuk Kuruskan badan

Setelah kita ketahui fungsi vitamin B di atas, salah satu fungsi Mengeluarkan tenaga daripada lemak,protein & karbohidrat. Jadi senang je nak kuruskan..pastikan diet harian kita ada B-complex. Syarat untuk B-complex yang penting dalam penurunan berat badan adalah kesemua kumpulan vitamin B perlu diambil bersama-sama. 

Jika ada yang tertinggal, maka pincanglah fungsi B-complex kerana 8 jenis vitamin B ini memerlukan antara satu sama lain untuk kesan yang efektif. Cuba lihat botol B-complex anda..Cukupkah kesemuanya? Mungkin jika anda menjadi gemuk disebabkan B-complex kerana B-complex di tangan anda tidak cukup 8 jenis vitamin B. Awas ye...

Note:
B-complex perlu diambil SELEPAS MAKAN kerana pengambilan B-complex akan meningkatkan metabolisma badan membawa kepada rasa lapar. Jika diambil SEBELUM MAKAN, anda akan makan dengan jayanya.

BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT 
SHAKLEE  INDEPENDANT DISTRIBUTOR
ID NO: 886679
UMMU KHADEEJA
CALL/SMS/WASSAP: 013-7781088

COD : SEKITAR PULAI, SKUDAI




No comments:

Post a Comment