Wednesday 10 July 2013

Jerawat cacatkan penampilan wanita

Ramai mengakui jerawat punca menyebabkan kecacatan penampilan sekaligus membuatkan mereka kurang keyakinan diri.Lantaran tidak hairanlah wanita sanggup berhabis duit untuk membeli produk penjagaan muka dan melakukan rawatan di spa bagi memulihkan wajah seperti yang diidamkan.sapa tak nak kulit muka halus,bersih daripada jerawat kan?
Tapi bagaimana mereka yang tidak mempunyai budget yang mencukupi untuk melakukan rawatan wajah??..sebenarnya jika bijak menjaga dan merawat kulit, kita tidak perlukan belanja yang besar dan membazir wang. Kenali punca jerawat dan ikuti tips penjagaan wajah agar anda dapat mengatasi masalah kulit ini.

Definisi Jerawat

Jerawat secara amnya  merupakan fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia.Ia sering muncul di bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh dermatologi  menemukan 50 jenis jerawat yang telah menjadi masalah kepada wanita dan lelaki.

Jenis/Kategori

Jerawat ringan
 Biasanya mempunyai sedikit bintik dan jerawat.Masalah jerawat ini hanya dikategorikan sebagai 'ringan' sekiranya jumlah lesi(jumlah  bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30.

Jerawat Sederhana
Dalam kategori ini,anda akan mengalami banyak bintik jeragat dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah,dada dan belakang badan.

Jerawat kronik
Anda akan mengalami banyak nodul besar yang berwarna merah dan terasa berdenyut pada bahagian muka,dada,belakang badan dan anggota tubuh yang lain. keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengeluarkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat.Apabila ini berlaku , maka whiteheads akan muncul menyebabkan semakin rancak jerawat bertumbuh.
Jika berlarutan akan menyebabkan interaksi antara jeragat,jerawat dan minyak yang menyebabkan parut kekal dan kawah kulit yang besar serta luka dan bernanah.Selain itu bintik hitam yang wujud dan berinteraksi dengan bakteria jerawat

PUNCA

  1. pencemaran seperti air dan udara yang kotor
  2. Perubahan Hormon badan turut menyebabkan jerawat tumbuh
  3. Tahap kebersihan yang rendah menyebabkan jerawat mudah membiak contohnya jika anda seorang yang malas membersihkan wajah sebelum tidur
  4. penggunaan produk yang salah 
  5. pemakanan yang tidak sihat-makanan berminyak berlebihan
  6. Jangkitan kuman
CARA ATASI
  1. Cuci muka 2 kali sehari menggunakan pembersih muka yang sesuai.Elakkan membasuh muka ketika wajah berpeluh kerana boleh menyebabkan panau
  2. Disiplin menjaga wajah.Guna penyegar dan pelembab setelah mencuci
  3. Memakai krim pelindung UV jika sering terlibat aktiviti luar
  4. Lakukan rawatan khusus di SPA
  5. Gunakan masker yang sesuai untuk buang lebihan minyak dan mengecilkan pori-pori
  6. Pilih produk/ubat jerawat mengikut saranan doktor
  7. Jangan memicit atau menggaru jerawat yang tumbuh supaya elak bakteria merebak dan parut jerawat semakin teruk
  8. Banyak minum air putih supaya tubuh  dan wajah segar
  9. Amalkan pemakanan sihat.Elak makanan berlemak dan berkolestrol tinggi
  10. Jika masalah jerawat serius ,bertemulah pakar kulit untuk kaunseling dan rawatan. 
Jadi kenali jerawat anda dan perlu bertindak segera menanganinya sebelum terlambat dan memakan kos yang lebih tinggi untuk merawat jerawat tersebut. 


No comments:

Post a Comment