Tuesday 9 October 2012

Khasiat Susu Soya untuk ibu Hamil

Sebahagian besar Khasiat yang terkandung dalam susu soya merupakan sumber yg diperlukan oleh ibu hamil bg membantu proses pertumbuhan janin dan untuk merpertahankan keadaan kesihatan ibu.Antaranya PROTEIN & VITAMIN B.

PROTEIN adalah sgt penting utk membentuk sel baru.Sementara Vitamin B khususnya B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesanan dari otak melalui sistem sarar iaitu neurotransmitter.Bagi ibu sendiri vitamin B dpt mencegah rasa mual dan muntah diawal kehamilan.

Vitamin B1,B2 & B3 yg terkandung dalam soya membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin dan juga ibu.Malah asid folik yg terdapat dlm soya berfungsi mencegah berlakunya kelainan janin atau kecacatan dlm kandungan.

Sebagai Nilai Tambahan

Sebagai sumber zat gizi,soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan.
1) Hanya mengandungi protein unggul- susu soya boleh menjadi sumber protein bagi vegetarian
2)Laktosa-apabila anda tidak mampu mencerna laktosa(lactose intolerance)maka susu soya jalan penyelesaiannya.
3)tidak mengandungi Hormon seperti susu lembu-maka ia tidak berisiko utk menganggu kerja sistem hormon ibu hamil ataupun janin anda
4)Banyak mengandungi isoflavon-Khasiat yg merupakan fitoestrogen berfungsi membantu menurunkan kadar kolestrol.Malah boleh membantu mengurangkan risiko kanser spt kanser payudara.
5)Satu sumber Kalsium-Susu soya yg diperkaya dengan kalsium yg baik untuk pembentukan gigi dan tulang  yg kuat,pembentukan otot,jantung,sistem saraf,pembekuan darah.

 JANGAN MINUM BERLEBIHAN

Segala yang berlebihan yang berlebihan pasti hilang manfaatnya.begitu juga soya.Kandungan unsur Estrogen di dalam susu soya isitu isoflavon dikatakan dapat menekan penghasilan hormon tiroid,khususnya bila diambil sehingga 40 mg sehari

Kajian menyebut pengambilan soya dalam bentuk tofu dan susu soya sebanyak 2 kali seminggu selama 30 tahun akan mempercepatkan proses penuaan sel2 otak(4 tahun lebih cepat)

Pengambilan soya yg secara berlebihan juga dapat menganggu penyerapan beberapa zat nutrisi,Ini terjadi akibat tingginya kadar unsur fitat.Unsur ini akan menghalang penyerapan mineral penguraian protein. 


sumber: catatan kehamilan MW.

1 comment:

  1. Susu soya mengandung banyak sekali nutrisi yang sangat baik untuk kesehatan.. terima kasih informasinya

    ReplyDelete