Tuesday 20 August 2013

9 cara rawat selulit

Selain tubuh yang berisi atau gemuk, selulit adalah antara satu lagi situasi yang paling tidak digemari oleh wanita.Sebenarnya hampir kesemua wanita tidak kira gemuk atau kurus memiliki selulit.Lebih mengejutkan  90% wanita dewasa mempunyai selulit.

Selulit, tidak sesekali berkaitan dengan obesiti. Walaupun sukar untuk menghindarinya tetapi masih terdapat cara untuk merawat supaya dapat menguranginya.

Ikuti Tip-Tip di bawah:

1) Banyak Minum Air
 Minumlah air pituh antara 6-8 gelas sehari bagi menyingkirkan setiap lebihan natirum yang menyebabkan kehilangan cecair dalam tubuh. Jika bosan dengan air putih, cuba teh herba atau jus buah. Kadar cairan yang tinggi menjadikan kulit lebih lembut.

2) Berhenti merokok
 Mahu hilangkan selulit ?Cuba hentikan merokok.Tabiat merokok sebenarnya memburukkan selulit yang terdapat pada kulit kerana ia menghalang perjalanan zat ke kulit sehingga menjejaskan keadaan kulit.

3) Olahraga
 Berat badan berlebihan akan lebih meburukkan selulit anda. jika anda menggabungkan program latihan kardiovaskular bersama latihan untuk otot kaki, ia dapat membantu mengurangi selulit.

4) Gosok tubuh
 Menggosok kulit membantu membuang sel-sel kulit mati, merangsang perjalanan darah dan meningkatkan aliran limfatik anda. hal ini dapat membantu mengurangkan selulit. Untuk hasil terbaik, gosok tubuh 2 kali sehari setiap kali mandi.

5) Lembabkan Kulit
 Gunakan pelembab kulit 2 kali sehari dapat membantu kulit menjadi lebih mulus dan elastik.

6) Perbanyakkan asid lemak perlu
   Asid lemak perlu dapat membantu memperkuat jaringan di sekitar lemak hingga membantu mengurangi selulit. Makanan yang kaya dengan asid lemak ini dapat membntu mengurangkan sel-sel lemak. Antara makanan yang mengandungi asid lemak esensial adalah minyak zaitun, minyak ikan,minyak biji beri hitam dan sebagainya.

7) Banyakkan makanan berprotein
 Protein dapat membantu kerana ia mengandungi albumin yang membantu menyerap lebihan cairan. Cuba makan tiga hidangan ikan, kacang-kacangan dan biji- bijian setiap hari bagi mendapatkan hasil terbaik dalam mengurangi selulit

8) Urutan
 Menjalani rawatan urutan memberi pelbagai manfaat kepada anda. Dapat membantu mengurangi stress, meningkatkan pelancaran darah dan tak kurang juga dapat membantu mengurangkan selulit.

9) Kurangi Stess
 Stress menyebabkan perubahan hormon yang dapat mempengaruhi kulit. Kortisol merupakan hormon stress yang boleh menyebabkan kulit semakin nipis  dan meningkatkan penyimpanan lemak. Malah , ia juga melambatkan pengeluaran hormon untuk pertumbuhan kulit sihat.
 
sumber:majalah wanita

No comments:

Post a Comment