Petua Makan untuk kurus dan sihat
Semua ingin memiliki tubuh badan yang cantik,
kurus dan ramping. Ramai yang sanggup berhabis ratusan mahupun puluhan ribu
ringgit semata-mata untuk kelihatan kurus, cantik dan menawan. Itulah kesan
daripada pengiklanan dan media massa yang banyak menonjolkan imej model-model
yang sebegitu. Hakikat sebenarnya kita perlu kurus
untuk sihat. Jangan berlapar atau ‘diet’ dengan cara yang tidak sihat untuk
kurus. Ukurlah bentuk badan sendiri dan jangan mengukur dengan bentuk
badan orang lain.
Petua pertama adalah mengelakkan makan makanan ringan (junk food) seperti kerepek, biskut, jajan-jajan dan sebagainya.Ini adalah kerana makanan ringan ini tidak mengandungi sebarang khasiat yang lengkap untuk tubuh badan anda dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan disamping pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang merbahaya untuk kesihatan.
Di sini
ada beberapa tip atau petua yang mudah untuk kuruskan badan dengan makan yang
baik dan menjaga kesihatan yang boleh diikuti oleh anda. Sihat sepatutnya
menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa
yang cantik semata. Kesihatan itu lebih mahal
harganya.
Petua pertama adalah mengelakkan makan makanan ringan (junk food) seperti kerepek, biskut, jajan-jajan dan sebagainya.Ini adalah kerana makanan ringan ini tidak mengandungi sebarang khasiat yang lengkap untuk tubuh badan anda dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan disamping pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang merbahaya untuk kesihatan.
Petua kedua adalah makan makanan karbohidrat yang tinggi dengan kandungan serat atau fiber seperti roti berserat penuh (wholemeal), beras perang, oat dan sebagainya.Karbohidrat jenis ini adalah berglisemik indeks rendah. Ambil makanan yang berkarbohidrat seperti nasi dalam jumlah yang terkawal bergantung kepada aktiviti fizikal dan makanlah nasi atau roti dengan sayuran dan ulam-ulaman yang banyak.
Petua ketiga adalah pengambilan protein sihat iaitu ‘protein putih’.Kurangkan sumber ‘protein merah’ seperti daging yang kaya dengan lemak tepu.Makanan tinggi protein putih seperti ikan, tauhu, tempe , telur, udang atau sotong. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita seperti dari sumber kekacang.
Petua keempat adalah dengan makan banyak buah-buahan.Seperti yang kita ketahui buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat anti oksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh badan anda. Disamping itu buah-buahan juga amat kaya dengan serat atau fiber walaupun rasanya manis, ia mempunyai indeks glisemik yang rendah. Jadi amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti jambu batu, mangga, limau, oren, epal, betik, belimbing dan sebagainya. Buah-buahan yang berglisemik indeks tinggi perlu dimakan sedikit sahaja seperti buah durian, pisang, anggur, kurma, tembikai dan sebagainya.
Petua kelima adalah apabila kita makan sarapan, tengahari dan malam pastikan menu makanan yang betul.Jangan berlapar dan meninggalkan makan. Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil mengandungi gizi yang seimbang iaitu lengkap dengan karbohidrat, lemak, protin, serat dan air.
Petua keenam adalah banyakkan minum air kosong atau air mineral. Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam badan kerana ia adalah berkalori kosong dan ia memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia. Kesannya ialah ia akan menjadikan air sebagai ‘negatif kalori’.Sentiasa minum air kosong dan amalkan 8 gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.

Air amat penting untuk menurunkan berat
badan secara sihat !!
Pengambilan supplemen penting untuk
kesihatan yang baik
Petua kelapan adalah pengambilan probiotik secara kerap. Probiotik akan membantu membekalkan bakteria baik dalam usus yang membantu penghadaman yang lebih baik dan meningkatkan imuniti. Pelbagai jenis minuman dangan kultur hidup terdapat dipasaran sekarang yang kaya dengan probiotik.
Mudah-mudahan dengan tip-tip yang diberikan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda memiliki berat badan yang ideal untuk tubuh anda.Ada satu lagi petua ‘makan’ untuk menurunkan berat badan anda iaitu ‘makan masa’.
Bersabar &
konsisten adalah kunci untuk menurunkan berat badan
Shaklee produk menawarkan set kurus dengan harga menarik tanpa anda perlu berlapar dan menjadikan anda lebih sihat.Bonus kulit lebih cantik.
No comments:
Post a Comment